SEJARAH BAB 4 - TING.3

Sejarah merupakan antara subjek wajib lulus bagi peperiksaan SPM. Sejarah juga merupakan antara subjek yang agak sukar untuk diskor terutamanya bagi mereka yang kurang gemar membaca.

Oleh itu, demi memperkasakan Sejarah dan meningkatkan keputusan pelajar kepada tahap yang memuaskan, pelajar haruslah mencari inisiatif sendiri sama ada mencari soalan-soalan peperiksaan yang lepas dan sebagainya. Kuiz ini merupakan kuiz bagi bab 4 tingkatan 3. Selamat menjawab!

Created by: wan of HISTORY IS FUN
(your link here more info)
  1. Dailog berikut mungkin berlaku antara dua orang pegawai British di Tanah Melayu pada tahun 1949. (121) Pegawai A: Kita telah tetapkan syarat kerjasama kaum jika Tanah Melayu ingin merdeka. Pegawai B: Perkara ini pasti menguntungkan kita Apakah musihat British dalam menetapkan syarat tersebut?
  2. Apakah tujuan perhimpunan tesebut diadakan? (123) * Konferensi Nasional * Konvensi Nasional I Mengagihkan ekonomi II Menentukan kawasan petempatan III Merealisasikan perpaduan kaum IV Membincangkan kepentingan pilihan raya
  3. Pilih pernyataan yang berkaitan dengan parti MIC.(124) I Ditubuhkan pada tahun 1946 II Tokoh utamanya ialah E.E.C. Thuraisingam III Pernah bergabung dengan Parti Negara IV Memperjuangkan kepentingan kaum India
  4. Apakah persamaan antara sekolah vernakular tersebut? * Sekolah Cina * Sekolah Tamil
  5. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri sekolah Tamil sebelum merdeka? I Ditubuhkan oleh pihak estet II Kurang mendapat sambutan III Pengajian hanya di peringkat sekolah rendah dan menegah IV Berpeluang mendapat pekerjaan bergaji lumayan.
  6. Senarai berikut berkaitan dengan penubuhan sekolah Cina. * Ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti-parti politik * Mendapat sokongan penuh masyarakat Cina. * Berkembang pesat di seluruh Tanah Melayu. Apakah tujuan penubuhan sekolah Cina tersebut?
  7. Maklumat berikut merujuk kepada sebuah laporan pelajaran. * Laporan Fenn-Wu 1951. Apakah tuntutan laporan pelajaran tersebut?
  8. Maklumat berikut menunjukkan salah satu cadangan Laporan Razak: "Mengadakan sistem sekolah umum." Apakah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah tersebut?
  9. Dialog berikut menunjukkan tindakan Tun Abdul Razak. Pegawai Kerajaan: Apakah cadangan tuan? Tun Abdul Razak: Terpaksa kita menerima Laporan Barnes dan membenarkan bahasa pengantar vernakular digunakan selama 10 tahun selepas merdeka. Mengapakah Tun Abdul Razak mengambil tindakan sedemikian?
  10. Menjelang tahun 1952, bilangan orang Cina dan India yang menjadi warganegara telah meningkat secara mendadak. Apakah faktor yang menyebabkan keadaan ini?
  11. Pihak British meletakkan syarat kerjasama dan perpaduan kaum bagi kemerdekaan Tanah Melayu untuk menjaga kepentingannya iaitu
  12. Siapakah tokoh penting yang berunding untuk mewujudkan persefahaman antara kaum bagi parti UMNO – MCA? I Tun H.S. Lee II Tun Tan Cheng Lock III Tun Abdul Razak IV Dato' Yahya Razak
  13. Mengapakah pakatan politik Parti Perikatan penting ke arah kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri? I Melahirkan perpaduan kaum II Mewujudkan persefahaman antara kaum III Memudahkan proses pilihan raya IV Meningkatkan pengaruh PKM
  14. Apakah tujuan utama pilihan raya Majlis Bandaran diadakan pada 1951?
  15. Tujuan pilihan raya Majlis Bandaran diadakan di bandar utama ialah
  16. Kesan penting Pilihan Raya Majlis Bandaran diadakan di bandar-bandar besar besar sebelum merdeka ialah amalan
  17. Siapakah tokoh Parti Perikatan yang menuntut kepada kerajaan British bagi mendapatkan kerusi pilihan raya yang lebih dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan tetapi gagal?
  18. Apakah yang terkandung dalam manifesto Parti Perikatan bagi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955? I Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan II Mewajibkan pendidikan rendah III Mewajibkan pendidikan menengah IV Mencapai kemerdekaan dalam tempoh lima tahun
  19. Apakah faktor kemenangan parti perikatan dalam pilihan raya 1955 ?
  20. Apakah semangat yang perlu diamalkan oleh penduduk negara ini untuk mengekalkan kedamaian di bumi bertuah ini?

Remember to rate this quiz on the next page!
Rating helps us to know which quizzes are good and which are bad.

What is GotoQuiz? A better kind of quiz site: no pop-ups, no registration requirements, just high-quality quizzes that you can create and share on your social network. Have a look around and see what we're about.